PERATURAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN
PELAJAR:
1. Tidak dibenarkan membawa masuk beg, fail dan buku
rujukan.
2. Dibuka pada waktu rehat sahaja kecuali bersama-sama guru.
3. Pelajar dikehendaki merekodkan penggunaan mengikut
tingkatan dalam buku yang disediakan.
4. Pelajar dibenarkan memiliki 1 kad perpustakaan untuk dua
buku pinjaman(satu kad bernilai 50 sen)
5. Tempoh pinjaman selama seminggu bagi buku rujukan dan
3 hari buku fiksyen. (pinjaman melebihi tempoh akan
dikenakan denda 20 sen sehari.)
6. Buku yang dibaca di perpustakaan hendaklah diletakkan di
rak yang disediakan.
7. Elakkan daripada membuat bising, membuang sampah dan
sebagainya di dalam perpustakaan.
8. Sebelum meninggalkan perpustakaan, susun kembali kerusi
dan pastikan kebersihan kebersihan dijaga.
9. Pelajar yang menconteng / mengoyak / mencuri bahan / alat
perpustakaan boleh dikenakan hukuman yang setimpal
seperti gantung keahlian perpustakaan, menggantikan
dengan bahan / alat tersebut atau denda yang lebih keras
bergantung kepada kesalahan.
10. Pelajar dibenar menggunakan perpustakaan selepas sesi
persekolahan, di buka sehingga jam 4.30 petang. Manakala
pada hari Sabtu bekerja dibuka pada jam 9.00 – 12.00
tengahari.
11. Pakaian di luar waktu persekolahan mestilah kemas – lelaki
t-shirt berkolar dan seluar slack manakala perempuan
berbaju kurung dan bertudung.
12. Pelajar harus membuka stoking dan menyusun kasut dengan teratur
sebelum masuk ke perpustakaan.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN
GURU:
1. Perlu membuat tempahan sehari sebelum membawa pelajar
masuk ke perpustakaan.
2. Pihak perpustakaan hanya membenarkan SATU KELAS sahaja
digunakan pada satu-satu masa.
3. Guru datang lebih awal/ mengiringi pelajar masuk ke
perpustakaan.
4. Sentiasa mengawasi pergerakan dan bersama pelajar ketika
enggunakan perpustakaan.
5. Bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran.
6. Meninggalkan pelajar sendirian di perpustakaan perlulah
dielakkan.
7. Sentiasa mengingatkan pelajar peraturan perpustakaan.
8. Meninggalkan perpustakaan dengan keadaan bersih, kemas dan
terkawal.
9. Guru yang ingin meminjam buku, rekodkan di dalam buku
pinjaman guru yang telah disediakan.
PERATURAN kecemasan atau kebakaran
Sekolah menengah kebangsaan matang
21700 kuala berang,
Terengganu
Tindakan murid
1. Pengawas PSS memberitahu guru dengan segera.
2. Pengawas PSS membuka semua pintu.
3. Tinggalkan buku atau sebarang alatan di atas meja.
4. Segera keluar mengikut pintu yang berhampiran.
5. Elakkan daripada berebut-rebut semasa keluar.
6. Elakkan daripada membuat bising.
7. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan.
Tindakan guru
1. Pastikan murid meninggalka bangunan dengan teratur dan
selamat.
2. Tutup suis utama bangunan.
3. Gunakan pemadam api yang disediakan.
4. Pastikan bilangan murid seperti dalam jadual kedatangan pada
hari berkenaan.
Tindakan guru bertugas harian
1. Ambil langkah segera bagi memastikan murid bergerak dengan
selamat.
2. Telefon bomba
3. Laporkan kepada Pengetua.
ATTENTION TO ALL STUDENTS
1. Take off your shoes and your socks as well.
2. Arrange them nicely on the racks provided outside.
3. No bags and reference books are allowed the library.
4. All chairs must be kept nicely after use.
5. All students must keep quiet while in the library.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR (Bbm)
1. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah direkodkan dalam
buku/fail REKOD PINJAMAN.
2. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan
oleh GURU sendiri.
3. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN meminjam, memulang
atau mengambil keluar bahan dari bilik ini.
4. Tempoh pinjaman selama 2 hari.
5. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui
tarikh pinjaman.
6. Bahan-bahan yang diambil hendaklah diletakkan di tempat
asalnya.
7. Carta atau alat boleh dipinjam sebnayk 2 jenis bagi satu-satu
pinjaman.
8. Bahan-bahan yang dipinjam TIDAK BOLEH dibawa
PULANG kecuali dengan kebenaran Penyelaras BBM.
9. Tidak boleh makan atau minum dalam bilik ini.
10. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua guru.
11. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan barang atau
alatan, guru yang berkenaan perlu melaporkan dengan kadar
segera kepada Penyelaras BBM.
12. Untuk alatan ko-kurikulum (permainan dalaman), hendaklah
pastikan setiap set adalah lengkap ketika dipulangkan.
“BAHAN BERMUTU MURID BERILMU”
“GURU PENYUNTIK MINDA MURID”
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN BILIK KERJA
1. Pelajar tidak dibenar menggunakan komputer, radio dan apa-apa
barangan di dalam bilik kerja.
2. Pelajar tidak dibenarkan duduk di meja bilik kerja.
3. Pastikan barang-barang tersusun dengan baik.
4. Pelajar tidak dibenarkan menyentuh dan menggunakan barang-
barang yang berada di dalam bilik kerja.
5. Jika berlaku sebarang kerosakan/kehilangan barang/alatan,
guru/pelajar berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera
kepada guru media/pembantu perpustakaan.
SUMBER SEKOLAH
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN PENGGUNAAN KAMPUS ASTRO
1. Pelajar tidak dibenar menggunakan TV KAMPUS ASTRO
tanpa kawalan dan kebenaran Guru Media/Pembantu
Perpustakaan.
2. Setiap tempahan haruslah dibuat SEHARI SEBELUM
penggunaannya.
3. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggunakan
‘Remote Astro’ tanpa arahan.
4. Jika berlaku sebarang kerosakan/kehilangan barang/alatan,
guru/pelajar berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera
kepada guru media/pembantu perpustakaan.
5. Guru haruslah sentiasa mengawasi pergerakan dan bersama
pelajar ketika menggunakan bilik TV KAMPUS ASTRO.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN MENGGUNAKAN bilik tutorial
1. Penggunaan bilik Tutorial hanya untuk tujuan
PERBINCANGAN DAN MESYUARAT jawatankuasa sahaja.
2. Kumpulan yang menempah haruslah tidak melebihi 13 orang
ahli sahaja.
3. TEMPAHAN BILIK perlu dibuat terlebih awal melalui Guru
Media / Guru Perpustakaan /Pembantu Perpustakaan.
4. Kumpulan yang menempah perlu bertanggungjawab terhadap
KEBERSIHAN DAN SUASANA di dalam bilik berkenaan.
5. Penggunaan RADIO ATAU CD DIBENARKAN tetapi dengan
kawalan.
6. BAHAN BACAAN DARI PERPUSTAKAAN sahaja
dibenarkan dibawa masuk ke bilik tutorial.
7. Kunci bilik tutorial perlulah diminta daripada pembantu
perpustakaan.
8. Meninggalkan bilik tutorial dengan keadaan bersih, kemas dan
terkawal.
9. Jika berlaku sebarang kerosakan/kehilangan barang/alatan,
guru/pelajar berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera
kepada guru media/pembantu perpustakaan.
galeri pusat sumber sekolah
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN MENGGUNAKAN galeri pusar sumber
1. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa urusan atau tanpa kebenaran guru/pembantu perpustakaan.
2. Jika berlaku sebarang kerosakan/kehilangan barang/alatan, guru/pelajar berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada guru media/pembantu perpustakaan.
3. Sentiasa mengawasi pergerakan dan bersama pelajar ketika
menggunakan Galeri Pusat Sumber.
4. Tidak membuang sampah di merata tempat.
BILIK NILAM PUSAT SUMBER sekolah
SMK MATANG BESTARI
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK NILAM
1. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa urusan atau tanpa kebenaran guru/pembantu perpustakaan dan harus diiringi olah guru kelas.
2. Jika berlaku sebarang kerosakan/kehilangan barang/alatan, guru/pelajar berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada guru media/pembantu perpustakaan.
3. Memastikan buku-buku NILAM disusun dengan baik mengikut
kelas di dalam rak yang telah disediakan.
4. Sentiasa menjaga kebersihan bilik NILAM.
5. Tidak membuat bising di dalam bilik NILAM
6. Sentiasa menjaga tatasusila sebagai seorang pelajar SeMAT
Bestari.
No comments:
Post a Comment