AHLI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SMK MATANG
AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SMK MATANG
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
- 1.Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
- 2. Menentukan sumber kewangan PSS.
- 3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
- 4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
- 5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
- 6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
- 7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA
- 1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
- 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
- 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
- 4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif , seimbang dan kems kini
- 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
- 6. Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu
- 7. Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah .
- 8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
- 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif
- 10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah
- 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
- 12. menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja pusat sumber sekolah
- 13. Memantau dan mengawal selian pelaksanaan program pusat sumber sekolah
- 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
- 15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
- 16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
- 17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah
- 18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN
- 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.


No comments:
Post a Comment