Tuesday, September 13, 2011

LATAR BELAKANG PSS SeMAT


LATAR BELAKANG SeMAT
Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan gedung ilmu pengetahuan bagi sesebuah sekolah PSS berkemampuan membantu dan memperbaiki kualiti pendidikan yang seterusnya mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik khususnya para pelajar. Ini selaras dengan hala tuju PSS sebagai wadah ilmu dan kecemerlangan pelajar.
            PSS SMK Matang mula ditubuhkan pada bulan MAC 2001. PSS ini sememangnya telah wujud seenjak tahun 1982 tetapi hanya beroperasi di dua buah bilik kelas untuk perpustakaan dan APD. Tetapi apabila bangunan khas siap, urusan pemindahan dilakukan mulai bulan MAC 2001 dan selesai penyusunan semula bahan-bahan pada bulan JUN 2001. Bermula dari 2001 PSS ini dibuka kepada pelajar dan guru serta kakitangan. PSS SEMAT telah dirasmikan oleh Tn Haji Abdul Rashid bin Abdul Majid iaitu Mantan Pengetua SMK Matang (1hb Oktober 2001)
            Pada Feb 2005, PSS SEMAT telah melakukan perpindahan ke tempat yang lebih strategic iaitu di Blok Al-Farabi. Sebanyak 5 kelas telah digunakan sebagai pusat operasi PSS utama iaitu Bilik SAC, Perpustakaan, Bilik BBM dan Bilik Tayangan. Pada 16 Mei 2006, PSS SEMAT telah Berjaya merangkul JOHAN PSS Peringkat Daerah Hulu Terengganu.

 VISI SeMAT
SeMAT berdaya saing tersohor menjelang 2013.

MISI SeMAT
Menyediakan pendidikan berkualiti melalui penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi, pemantapan iman dan penghayatan amalan untuk melahirkan modal insan kamil




SLOGAN SeMAT
Pendidikan Luhur, SeMAT Tersohor’ merupakan kata-kata yang mengambarkan keikhlasan pihak sekolah ini dalam mencurahkan pelbagai ilmu bagi mendambakan keunggulan yang tiada tandingannya untuk para pelajarnya.  Pengembelingan usaha semua pihak  mampu membentuk insan

Text Box: MOTO  SeMATMOTO SeMAT
SMK Matang memegang moto yang ringkas tapi berhikmah iaitu Berilmu  Beramal yang mengajar kita agar ilmu yang dimiliki mesti diamalkan dan diperturunkan kepada orang lain agar pengetahuan yang dimiliki boleh dikongsi bersama di samping dapat menikmati kecemerlangan masa depan yang gemilang.

PERKHIDMATAN DITAWARKAN
* Perkhidmatan pinjaman buku berkomputer
* Pinjaman berkelompok
* Perkhidmatan mengakses internet
* Penggunaan CD-ROM Pendididkan

PERATURAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN
* Guru perlu membuat temapahan sehari sebelum membawa pelajar masuk  ke perpustakaan.
* Hanya satu kelas sahaja dibenarkan pada satu-satu masa
* Pengunaan perpustakaan  adalah untuk pengajaran dan pembelajaran
* Guru hendaklah sentaiasa bersama-sama pelajar di perpustakaan
* Pelajar dibenarkan menggunakan perpustakaan pada waktu rehat dan selepas sesi persekolahan untuk mengulangkaji pelajaran. Berpakaian sekolah sahaja dibenarkan masuk
* Pelajar dikehendaki merekod penggunaan pustaka di dalam buku pengunjung perpustakaan
* Kad perpustakaan, Kad SeMAT perpustakaan dibenarkan
* Tempoh pinjaman adalah selama 1 minggu bagi buku rujukan dan 3 hari bagi buku fiksyen (denda 10 sen untuk sehari lewat pada tempoh yang ditetapkan

No comments:

Post a Comment