Saturday, August 20, 2011

MATLAMAT SEKOLAH

1.MEMIMPIN, MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN

Memastikan :
•Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sentiasa difahami dan dipatuhi
•Kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran berlandaskan amalan terbaik
•Terdapat penambahbaikan yang berterusan dan pembangunan staf yang relevan dengan tugas.
•Keutamaan berfokus kepada ‘core business’ dan motivasi warga sekolah

2.MENGHASILKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM

Memastikan :
•Terdapat P & P yang berkesan
•Huraian sukatan pelajaran difahami dan dihabiskan
•Terdapat mekanisme ujian yang betul-betul menguji pencapaian pelajar
•Terdapat guru yang mahir dan cekap
•Program pembelajaran yang mesra pelajar sepanjang waktu.
•Terdapat kelas bimbingan yang konsisten

3.MELAHIRKAN PELAJAR YANG HEBAT DALAM KOKURIKULUM

Memastikan :
•Terdapat jurulatih yang berketrampilan dan berkesan
•Terdapat kawasan yang sesuai untuk latihan
•Terdapat jadual latihan yang berstruktur
•Terdapat mekanisme pemilihan pemain yang tepat
•Terdapat bahan bacaan yang cukup berkaitan dengan permainan

4.MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI SAHSIAH MULIA

Memastikan :
•Terdapat program pembangunan insan
•Nilai-nilai murni sentiasa menjadi amalan harian
•Terdapat guru sebagai role model pelajar
•Terdapat semangat kerjasama dan tolong menolong sesama guru, pelajar dan staf sekolah
•Sekolah menitikberatkan program-program keagamaan

5.MEWUJUDKAN PRASARANA YANG SELAMAT, KONDUSIF DAN CERIA

Memastikan:
•Terdapat landskap yang dirancang dengan baik
•Sekolah kawasan yang selamat
•Keadaan fizikal sekolah yang sentiasa dipantau dan dibuat pembaikan dan pemuliharaan
•Kebersihan dan keceriaan sentiasa terjaga dan ada penambahbaikan

SLOGAN DAN MOTO

SLOGAN

‘Pendidikan Luhur, SeMAT Tersohor’ merupakan kata-kata yang mengambarkan keikhlasan pihak sekolah ini dalam mencurahkan pelbagai ilmu bagi mendambakan keunggulan yang tiada tandingannya untuk para pelajarnya.  Pengembelingan usaha semua pihak  mampu membentuk insan kamil .

MOTO

SMK Matang memegang moto yang ringkas tapi berhikmah iaitu Berilmu  Beramal yang mengajar kita agar ilmu yang dimiliki mesti diamalkan dan diperturunkan kepada orang lain agar pengetahuan yang dimiliki boleh dikongsi bersama di samping dapat menikmati kecemerlangan masa depan yang gemilang.

LOGO,BENDERA DAN LAGU

LOGO SEKOLAH


Kunci = suatu alat yang akan membuka pintu kejayaan kepada para pelajar.
Roda = terletak di sebelah kanan kunci melambangkan kemajuan teknologi yang perlu dihadapi oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa agar tidak ketinggalan.
Buku = sumber ilmu yang perlu dimanfaat dalam meniti kejayaan yang cemerlang.
Selain lambang di atas, warna yang terdapat pada lencana juga memberi makna-makna tertentu.
Merah = ketrampilan
Biru = keazaman
Kuning = keceriaan
Putih = keikhlasan
Slogan Berilmu Beramal = ilmu yang dipelajari perlulah dikerjakan malahan disebarkan pula kepada orang lain agar kemajuan dapat dikecapi bersama.

BENDERA SEKOLAH


Bendera Sekolah
Bendera SMK Matang berukuran  75 cm x 112 cm.  Bendera ini mempunyai tiga warna khusus yang memberi makna tertentu.  Warna biru menandakan ketenangan dan lambang warna sekolah manakala warna kuning pula menggambarkan harapan agar sekolah sentiasa diberi perlindungan atau dipelihara dengan baik daripada sebarang yang berbentuk negatif.  Warna merah pula memberi kekuatan dan keberanian kepada pihak sekolah dalam menghadapi sebarang halangan atau kekangan.

LAGU SEKOLAH

Pencipta dan penulis lirik: En.Mohd.Taha bin Sali (Kaunselor Pelajar)
Rakaman muzik: En. Mohammad Ramiz bin Omar (RM ’iz Studio,Besut)

Sekolah mulia matang bestari,
Tempat putra putri berjasa,
Pemimpin dicerna insan berguna,
Itulah cita-cita mulia
Sekolah tercinta sekolah berjasa
Di sini tempat perjuangan
Akhlak unggul disiplin yang tinggi,
Itulah tonggak matang bestari
Sekolah tercinta sekolah berjasa
Di sini tempat perjuangan
Akhlak unggul disiplin yang tinggi,
Itulah tonggak matang bestari
Akhlak unggul disiplin yang tinggi,
Itulah tonggak matang bestari
(muat turun)

LAGU SEKOLAH BESTARI (Jiwa & Minda)

Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan

Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
(Muzik)La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya
(muat turun)

VISI DAN MISI SEMAT BESTARI

VISI SeMAT

SeMAT berdaya saing tersohor menjelang 2013.

MISI SeMAT

Menyediakan pendidikan berkualiti melalui penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi, pemantapan iman dan penghayatan amalan untuk melahirkan modal insan kamil

UCAPTAMA PENGETUA
















Bismillah-ir-Rahman-ir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam 1Malaysia
Pada tahun 1995 konsep sekolah berkesan mula diperkatakan dalam kalangan ahli akademik. Sekolah berkesan ditakrifkan sebagai sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan seterusnya disokong oleh kemantapan kokurikulum. Ini semestinya akan menonjolkan sekolah berkualiti yang dapat memuaskan hati semua pihak. Justeru, sebagai pemimpin sekolah, usaha untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang menyokong pengajaran dan pembelajaran, mengamalkan sistem pengukuhan yang positif, mengamalkan pemantauan yang bersistematik dalam usaha mencorakkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang mantap menjadi amalan.
Sejajar dengan perkembangan pendidikan yang pesat dan dinamik seterusnya bagi menangani pengaruh globalisasi dengan mengambil kira elemen sekolah berkesan dan berkualiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Matang (SeMAT) telah merangka satu perancangan strategik bagi tempoh lima tahun iaitu bermula 2009 hingga 2013. Memikirkan usaha melahirkan modal insan yang cemerlang, visi sekolah ialah SeMAT Bestari Berdaya Saing Dan Tersohor Menjelang 2013 diharap dapat digapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikum dan sahsiah pelajar.
Akhir sekali sekalung penghargaan dan rakaman jutaan terima kasih kepada semua individu yang telah berusaha keras dan mencurahkan segala kepakaran dalam persiapan sekolah menyertai Anugerah Sekolah Cemerlang 2009. Semoga ini sebagai satu permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga sekolah.

(HJH. WAN KELSUM BINTI WAN HITAM)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang.